Seperti 8 tahun lepas, saya menyambut besday pada hari yg sama saya menyambut ulangtahun perkahwinan…..senang cerita gatal nak kahwin on my besday..kunun2nya something special to remember….faedahnya…instead of boleh dapat 2 hadiah (besday & anniversary), saya dapat satu ja dari hubby…huhuhuhu..
Tetapi pada tahun ini, saya dpt banyakkkkkkk hadiahsssss (“s” merujuk kepada jumlah hadiah yang saya dapat)
1.Present for “Hai” (kasut)
2.Gift for “Ayu” (handbag)
3.Specially dedicated to “Hai..Ayu” (purse/wallet)
4.For beloved wife (Anti-ageing Artistry set)
5.Teristimewa for bff (jam CK)
(semua gambar nanti saya letak).
Ehhh ??? (sila garu kepala)….apa kaitan tajuk di atas dengan n3 ni…. Sabarrrr..
25.05.2010 mencatat sejarah seorang lagi anak Adam berjaya buat syaitan gelak besar (sebab dapat kawan baru) & poket menangis hiba….kerana (boleh agak la kan ???)…buat yang x boleh agak, begini ceritanya…
25.05.10, seperti biasa bangun awal (sejak bergelar ibu, hari2 kena bangun awal)..siap siap..husband dah plan nak breakfast dkt Kayu nasi kandar, Bukit jambul, Pulau Pinang, Malaysia, berdekatan dengan Hotel Vistana, dekat area tu baru naik projek 1 blok bangunan 18 tingkat untuk shopping & office lot, pekerja kat ctu langsung x sayang nyawa, boleh main meniti2x ja dekat bumbung bangunan separuh siap tu, dengan x pakai safety helmet & alat2 keselamatan lain…langsung x mementingkan ciri keselamatan…cuba2 cari ada tak sign safety first kat ctu….ehhhh, perlu x details ni…???
Pukul 10 lebih (saya dari Kepala Batas, Kedah), berusahanya nak breakfast dkt Penang Island…ok..ok…sampai di Kayu, memang 1Malaysia habis, semua kaum ada, seronok tengok, harmoninya “Kayu”…
Rewind ckit, dari parking lot nak ke Kayu, fenomena yang agak biasa bg yang lama berkahwin, husband menonong ja di depan…tinggal wife di belakang ( x percaya ??? ) .. dr jauh sy tengok..eh smartnya hubby I (berjeans blue black, t-shirt merah hati - tuck in, loafer….mcm ni pon smart kerrr ???) berbanding saya yg agak selebet (lupa nk snap gambar selebet tu..sengaja x nak post..so buat2 lupa)….ok dah..forward balik..
Order taim…best part..sebab setiap kali saya order, waiter tu akan cfrm banyak2 kali…sebab selalu husband makan roti canai sebijik, saya makan 3@4 bijik…tengok badan slim (cehcehceh..) selagi x tengok gambar, jgn percaya…Then burppppp (x behave langsung), tanda dh kenyang ..berangkat la kami ke Queensbay Mall untuk shopping..shopping & shopping….
part ni la yang syaitan gelak besar…poket menangis hiba ni…..cara2 mengempiskan handbag, beli ja apa yang anda rasa nak beli, swipe kad, then bila hujung bulan macam hari ni…kutip la sen2 yang ada untuk cover yang dah terover expense tu…lepas tu dok diam2 dekat rumah…macam saya…sebab hadiah yg pertama, kedua, ketiga tu dibeli untuk diri sendiri..ngengenge..so jangan tiru macam saya….caucincau…
Pukul Berapa Datuk Harimau
Monday, May 31, 2010
Birthday n Anniversary Punya Cerita
Posted by Hai Ayu at 2:41 AM 3 comments
Labels: Cara-cara mengempiskan handbag semasa anniversary n birthday
Thursday, May 27, 2010
Cerita Hantu
Few nights dah tidur tak lena, bukan yang kena sakit tidur x lena, mandi x basah tu ok. Bukan bukan..Done with that zaman.. ini faedah dari nonton cerita seram..serve you right..itu la, x nak dengar nasihat pak cik Chan (Jackie Chan), tiba tiba ..pak cik Chan yg iklan produk rambut Bawang (???) tu cakap…siang2 elok tengok cerita seram, malam2 nonton cerita kelakar, baru la senang tidur, ceria kehidupan, aman rumahtangga (kalau rumah ada tangga)…
Teringat zaman kat hostel, kat U dulu, macam2 hantu ..hantu betul, hantu x betul .kacang hantu lagi la..bersepah..masa kerja kilang pon banyak hantu, x masuk lagi hantu2 kat highway yang anggun tu, siap berkebaya merah, sopan santun budi bahasa budaya kita…kalau lelaki bujang yg jumpak spesis yg boleh paku kt tengkok, bawak balik rumah buat bini, jangan asyik duplohpatjam (mimpi pon diambik kira ok) nanyi “Ibu-ibu bapak-bapak..Siapa yang punya anak..Bilang aku aku yang tengah malu Sama teman-temanku Karna cuma diriku yang tak laku-laku”…
Cerita hantu kt hostel :
Numero Uno – sebab sekolah kat Tepen, citer hantu jepun berkawat w/out heads agak femes..
Pas tu hantu kt toilet…asal tengah malam, pergi toilet, x berani pandang cermin, mana tau, yang keluar kt cermin tu secantik Maya Karin, pengsan dek terhempap perasan pulak..itu nasib baik Maya Karin…kalau yang keluar tu versi x ada muka, terbuasir kat situ jugak.
Then ada hantu budak kecik…pada suatu malam (amboii intro..) 3 org sahabat baca buku (sumber x menyatakan sama ada buku akademik @ non-academic), tetiba dengar budak kecik kira, 1,2,3..hiihikhik..comel..mana datang budak kecik tengah malam buta (sebab malam gelap, maka dikira buta, siang kenapa x sebut, tengah siang celik ?? abaikannn)....setelah di kelebek, rupanya ada budak kecik (ala Ju’on) bertenggek dekat atas loker sambil tersengih..pas tu seorang dari 3 sahabat tu terus tarik selimut. Si budak kecik terpaksa la kira sekali lagi, 1,2 tinggal 2, no.3 pura2 tidur..hihihihi..masih comel….
Masa kerja kilang, Cheq An pulak citer hantu kat hostel minah kilang. Begini ceritanya. Ada seorang minah ni tengah gayut dekat public phone (zaman ni h/p masuk list barang mewah, kalau ikut ekonomi, cuma kehendak bukan keperluan yer adik2)..tiba2 (sila masukkan muzik seram + saspen) syiling jatuh, so masa kutip tu tiba2 (berapa kali nak taip tiba2) dia terperasan, eh rasa mcm ada org dkt belakang, kenapa x nampak kaki, jengjengjeng, naik takut la member ni, sah2 bukan sama sepsis..spesis..orang yg nk cerita pon dah x betul taipnya (mungkinkah itu sepsis (sengaja), spesis penghisap darah yang bukan hanya mengiang di telinga..taraaaaa)…maka cepat2 si minah cakap, “ok la, udah larut malam” (ayat cover, x mau la obvious sangat, pedahal dah meremang habis..)..si makhluk yang berdiri di belakang pulak menjawab “ udah larut malam atau udah tahu……????”
Pas tu ada citer dekat hospital, tengah malam buta jugak (sengaja ja, asal cerita seram, mesti tengah malam buta, siang2 pon ada hantu weh..x percaya sila tengok cerita hantu siang A.R Badul) bilik bedah nak pakai dadah..eh darah so sorg misi ni terpaksarela la menggagahkan diri ambil darah dari tempat simpanan..on the way nak balik ke bilik bedah tu, tiba2 (cerita hantu mesti banyak tiba2..untuk menaikkan mood saspen yer puan2) terdengar satu suara “ misi..misi..misi…nak sikit boleh tak”…dalam nada manja berbisik..ngengengenge…
Dah..dah…daripada menulih n3 yg x dak pekdahnya ni, baik berenti..Sekian. Terima kasih..sama-sama (stail Hayati, cakap terima kasih mesti sambung sammmma sammmmma)
Posted by Hai Ayu at 8:32 PM 3 comments
Labels: Hantu...Seram...
Thursday, May 20, 2010
Lawatan Sambil Belajar ???
Bila sampai klinik, ramainya manusia..baru pukul seploh (baru pukul seploh ???? hello..orang lain dah bertapak di situ dari pukul 7.45, sedar diri sikit)…zzzz..ngantuknya..bila nak sampai turn ni (tahap produktiviti dah merudum)…finally Muhammad Amirul Hafizi, yeah..yeah..sampai dah turn (paham tak rasa seronok sebab buah yang ditunggu akhirnya gugur jugak…angkat la tangan sikit, ala2 abang Karam)…
First benda yang dibuat, sila bukak baju (bukan mama dia, sila betulkan otak anda)..tak paham betul, asal nak timbang berat (x kan nak timbang tinggi kan..) mesti kena telanjangkan budak..macam la pakai baju besi..berapa gram sangat berat baju tu…
Seperti yg diduga, misi start tanya dah bagi solid food atau belum ? nestum, cereal atau moi masak sendiri..si mama cakap nestum..si misi cakap nestum tak bagus untuk tumbesaran, sebab tu berat bayi x naik, ibu bapa sekarang “malas” (ni sy yg cakap sbb maksud dia menjurus ke situ, cuma si misi sayang mulut, x la cakap direct) & bla..bla..bla…sy cuba pekakkan telinga & control ayu. Sabar..sabar..
Next question..masih teruskan penyusuan susu ibu…saya geleng kepala..kenapa x bagi ? nak saja jawab..sengaja…sebab setiap kali cakap, susu dah x dak, mula la kena dengar lecture..sabar..sabar..nak tau apa misi tu kata ? kalau awak tau betapa besarnya khasiat susu ibu berbanding susu lembu (tau la…macam kita x sekolah walaupon masa sekolah x diajar semua benda ni ngengenge)..sebab itu nanti anak x rapat dengan mak (banyak lagi cara merapatkan hubungan anak dgn mak), pas tu sayang lembu lebih dari mak dia (ada akai ka cakap macam ni ?), nanti taim raya, budak tu x sanggup makan rendang lembu sebab teringat kat “mak” dia (adussssssss…patut tahan sabar lagi ka ? atau kena bertukar jadi hijau ?) nasib baik stop disitu, kalau tambah lagi, cfrm I’ll transfer myself jadi THE INCREDIBLE HULK & mengkarate (ehhhh…karatekarate tu Pak Cik Chan) mengamuk right on the spot..x seswai sungguh mengcomparekan saya (yang anggun..cehceh tekan lif naik sendiri) dengan lembu…ada ka patut ?
Posted by Hai Ayu at 11:11 PM 1 comments
Labels: Saya dan Misi
Tuesday, May 11, 2010
Breakfast 09.05.10 itu hari...
Akhirnya telur "expired" (sebab rs mcm dh lama sgt menghuni fridge..tapi still OK) digunapakai sbg bahan roti telur...Bukan la sbb tuan empunya fridge tu kurang rajin (ehem..ehem..dah ditimpa perasaan..) cuma x berpeluang tunjuk skil sbb si kecik Amirul langsung x rela berjauhan dgn mama dia...
Posted by Hai Ayu at 11:52 PM 1 comments
Labels: Roti telur
Sunday, May 9, 2010
Happy Mother's day
It's better late than never.....
Below is actually an e-mail from my colleague which I was received yesterday morning...know what..?? it really makes my day...soooooooooooo suuuuwwwweeeeiiitttt...(don't you think so ??)
Posted by Hai Ayu at 11:28 PM 2 comments
Friday, May 7, 2010
Buah2 hati kusayang....
Alamak x cukup masa la....I only hv 3 mins to add a new post...
TO BE CONTINUED..
Posted by Hai Ayu at 9:48 PM 0 comments
Thursday, May 6, 2010
Syukur Ku Sedar...
1. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan blog Hanis Zalikha (comel budak ni, funny pulak tu, kalau ada anak teruna, nak try kenen buat menantu…) yang akhirnya membuka hati saya untuk ber’blog’ dan menyenaraikan “syukur list” saya sendiri….(wahh..formalnya..rasa macam lecturer la pulak..)
2. Saya bersyukur kerana dilahirkan ke dunia dalam keadaan sempurna, cukup anggota, sihat walafiat, berkulit cerah (paling cerah antara adik beradik yg lain, sampaikan mak cakap saya ni anak pungut, a very different “version” from my other siblings, the rest of them are ala2 Bollywood looks), bermata agak sepet, hidung berlubang 2 untuk menghembus dan menarik nafas…hehe..Alhamdulillah..
3. Saya bersyukur ..after nearly 20 years of doubt, I finally know the truth…mak bukan nak buang saya masa dalam kandungan. It was just the morning sickness that she couldn’t stand, terpaksa seek for medical expert’s advise…Chaq la punya pasai, nak kena balun ni, pandai2 buat dakyah kata mak nak buang saya..jeles la tu, nak dpt adik, hehehe….
4. Saya bersyukur, zaman kanak2 saya agak perit. Maka dengan itu menjadikan saya seorang yang tekun belajar (tak percaya ??? sila tanya orang kampung dan cikgucikgi sekalian..)
5. Saya bersyukur..now adays saya dapat menikmati kelazatan Ferrero Roche (my favourite) & other branded chocs (yummy..dan dan rasa air liur berlumba2 nak merembes keluar). Pada zaman kanak2, nak merasa coklat susahnya macam nak menang peraduan “jutawan Power Root” (susah sebab x minum produk power root..air kosong ja penghilang dahaga..)
6. Saya bersyukur setelah Allah menguji kami sekeluarga dengan kedhaifan, akhirnya kami dapat berkenalan dgn si “senang”..bukan si “kaya raya”…sederhana tapi dah mampu makan coklat bila2 rasa nak makan..tapi problemnya bila coklat team up dengan tak cukup tidur, si “jururawat@jerawat” pun datang melawat…maka bertompok2 la muka I dgn parut yang susah bangat nak hilang…
7. Saya bersyukur kerana saya bersekolah rendah di luar bandar. Maka itu, dengan sedikit kecerdikan, saya kekal di tangga teratas dari darjah 1 sampai darjah 6 (bukan nak cakap budak luar bandar kurang cerdik, cuma ramai antara mereka yg kurang “tekun belajar”..ngengengenge…)& dapat memecah rekod..buat julung kalinya ada la 5A’s student dr SKPP. See, I told you…saya memang tekun belajar…(ini “blog” saya, Cheq An jangan nak menyibuk)…
8. Saya bersyukur selepas tamat sekolah rendah, saya ditawarkan ke sekolah berasrama penuh untuk budak2 “kurang kaya” (sebelum tu dah masuk 2 sekolah lain, satu sekolah harian biasa dan satu lagi SPB jugak). First batch. Semuanya ditanggung “halal” (hehe..tanggung “free” la..) Di situ saya mengenal anak diplomat, menteri dan org2 kaya which I found most of them are really friendly & down to earth.
9. Saya bersyukur semasa bersekolah saya tidak hanyut dgn cinta “monyet” (jgn tak tahu “monyet” pun pandai couple..hehe…kat situ mmg banyak monyet..real monyet..OK). sampai ada yg langgar sempadan antarabangsa, masuk dorm & sepahkan segala benda (yang jadi mangsa port2 yang byk biskut…itu la, kena share ngan kengkawan bg cepat habis, kan dah jadi rezeki monyet)..
10. Saya bersyukur semasa bersekolah, saya telah ter”experience” beberapa benda yang sangat (dan mungkin jugak “paling”) romantic dalam hidup saya..hehe..dalam baik2 kena getah keladi jugak tu…it was not a “couple” thing (remember that I don’t any “boyfriend” until I graduate…), but it feels so damn good until after emmm how many yrs already huh ? ok, 19 yrs, it is still feels like “kuch kuch hota hai”…kwang4x…it was “secret admirer thing”…(kena tunggu my next post, insyaAllah)…I’m glad that I had put that “couple” things off b’coz now (already 8 yrs) Allah temukan saya dengan “rumet” sekarang yang memang bertuah sebab “tulus kasih” saya yang pertama ‘tertumpah” padanya…..hehehe..”bertuah” ker dia ? Mungkin kottttttt….x berani tanya sbb x sanggup nak dengar the “ugly” truth..But I’m so lucky to hv you & being a part (even it is just a small little tiny whatsoever part) of yr life.
11. Saya bersyukur kerana semasa bersekolah, I had a best friend who always willing to “sacrifice” her time just to make me study. (ehhhhh…tadi cakap tekun belajar ??????masih tekun sebenarnya Cuma kekadang tu terjerumus ke”zaman kegelapan” sikijap)..
12. Saya bersyukur kerana finally saya dapat tempat ke-3 dlm keseluruhan tingkatan 4 (what a struggle ??? ) dengan itu melayakkan saya menerima hadiah dari Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin (happy sangat….in person gitu….sangat tinggi & of course sangat handsome..) Moralnya : Pada peringkat ini, kena ada “matlamat” yang sangat jelas, tinggi dan handsome..ngengenge..Menjunjung kasih Tuanku kerana sudi mencemar duli…
13. Saya bersyukur kerana walaupun saya agak “bunian” during my secondary school, masih ramai ex-schoolmate yang add saya dekat facebook..
14. Saya bersyukur kerana terlalu banyak kenangan (yang indah & muluk2 belaka), ketawa (sampai setengah mati, kena istigfar banyak2), airmata, suka, duka (hingus segala), pengalaman, nilai hidup yang dapat saya kutip & learn from it during my golden years at SBP.
15. Saya bersyukur kerana semasa membuat syukur list ni saya berasa….alamak..banyaknya nikmat yang tidak saya syukuri…baru separuh perjalan hidup, dah terlalu banyak nikmat Allah…..
16. Saya bersyukur, akhirnya saya bersyukur….
TO BE CONTINUED………
Dear all of you out there yang ter’singgah’ diblog ni & pernah bertemu dengan org yang “salah”…ingatlah….bersyukurlah.. kerana kadangkala Allah menemukan kita dengan orang yg salah…..
- supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
- supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
- supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
- supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
-supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
- supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA .
- supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
- supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL .
(dipetik dari satu e-mail dari seorang kawan)..
Posted by Hai Ayu at 1:06 AM 1 comments
Labels: Syukur, Syukur Ku Sedar
Tuesday, May 4, 2010
Terima kasih Zarihan Ahmad
Terima kasih..terima kasih..terima kasih....(sila ulang sampai 1 billion...ralat ker ?)...Untuk An yg setiap hari men'torture' "saya" supaya create a blog...Finally...
Masalah pertama...ganti nama diri....should I address myself as "I"?..isk mcm x sedap..."aku"? lagi la x lazat..."kami", macam ramai la pulak..."Hai"? "Ayu"..emmm...Akhirnya..rasanya pemilihan "saya" lebih bersifat universal...
"Ayu" panggilan manja zaman sekolah menengah....masa tu x ada saingan..satu2nya "Ayu"..hehe...masuk matrik..alamak ramainya "Ayu"..nak pertahankan jugak ka ?
"Hai"..akhirnya "Hai" dipilih menggantikan "Ayu"..x sanggup nak berebut guna nick name"Ayu" dengan sorg budak Selangor tu....confirm first round kalah...sorry ek "Ayu"...
Zarihan Ahmad..nama manja "An"...siapa dia ? Dialah "rumet" dari zaman universiti sampai la ke alam pekerjaan sebelum masing2 "berumet" dengan makhluk Allah yang berlainan "spesis". Dialah teman di kala suka (mengejar cinta yang ntah apa2) dan di kala duka (cinta yang dikejar guna enjin turbo, x mampu den nak ligan...hehe)..Akhirnya singlemingle la dedua orang bestfriend ni sampai habis study...Alhamdulillah..Syukur padamu ya Allah..kalau la memasing ada couple, 1 thing for sure, we'll miss such a great "opportunity"..chasing after "love" yang ntah apa2 tu...she's such a great supporter..no matter what, hehehe...
"Laugher is the best medicine"...it is true..that's why ada yg kata, rasa mcm pontianak mengilai saja bila pass by bilik kami..x dgr bunyi bercakap, cuma dengar org bergelak ketawa...hehe..cerita apa ? cerita "cinta" yg ntah apa2 tu la....rewind sampai beratus kali pon, still rasa nak gelak..ntah kat mana lawaknya...x paham..?? itu la..saya pon x paham...
With that, i ended my first post with this definition :
Cigarette: A pinch of tobacco rolled in paper with fire at one end & an idiot at the other.
Hehehe..no offend to Pok Jang & other smokers out there, but on second thought..it is true what ? Right after An sent this definition to Pok Jang, dan dan dia hantar msg "head brain you"..terpinga2 I, apa ke bendanya tu..dlm kamus hidup I, x pernah dengar "head brain you"..almaklum la budak baik, dalam kepala ada benda2 baik saja..pikir punya pikir, rupanya "kepala hotak lu"..hehehe..jangan la mareeee...
Posted by Hai Ayu at 10:59 PM 1 comments