My syukur list.....
1. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan blog
Hanis Zalikha (comel budak ni, funny pulak tu, kalau ada anak teruna, nak try kenen buat menantu…) yang akhirnya membuka hati saya untuk ber’blog’ dan menyenaraikan “syukur list” saya sendiri….(wahh..formalnya..rasa macam lecturer la pulak..)
2. Saya bersyukur kerana dilahirkan ke dunia dalam keadaan sempurna, cukup anggota, sihat walafiat, berkulit cerah (paling cerah antara adik beradik yg lain, sampaikan mak cakap saya ni anak pungut, a very different “version” from my other siblings, the rest of them are ala2 Bollywood looks), bermata agak sepet, hidung berlubang 2 untuk menghembus dan menarik nafas…hehe..Alhamdulillah..
3. Saya bersyukur ..after nearly 20 years of doubt, I finally know the truth…mak bukan nak buang saya masa dalam kandungan. It was just the morning sickness that she couldn’t stand, terpaksa seek for medical expert’s advise…Chaq la punya pasai, nak kena balun ni, pandai2 buat dakyah kata mak nak buang saya..jeles la tu, nak dpt adik, hehehe….
4. Saya bersyukur, zaman kanak2 saya agak perit. Maka dengan itu menjadikan saya seorang yang tekun belajar (tak percaya ??? sila tanya orang kampung dan cikgucikgi sekalian..)
5. Saya bersyukur..now adays saya dapat menikmati kelazatan Ferrero Roche (my favourite) & other branded chocs (yummy..dan dan rasa air liur berlumba2 nak merembes keluar). Pada zaman kanak2, nak merasa coklat susahnya macam nak menang peraduan “jutawan Power Root” (susah sebab x minum produk power root..air kosong ja penghilang dahaga..)
6. Saya bersyukur setelah Allah menguji kami sekeluarga dengan kedhaifan, akhirnya kami dapat berkenalan dgn si “senang”..bukan si “kaya raya”…sederhana tapi dah mampu makan coklat bila2 rasa nak makan..tapi problemnya bila coklat team up dengan tak cukup tidur, si “jururawat@jerawat” pun datang melawat…maka bertompok2 la muka I dgn parut yang susah bangat nak hilang…
7. Saya bersyukur kerana saya bersekolah rendah di luar bandar. Maka itu, dengan sedikit kecerdikan, saya kekal di tangga teratas dari darjah 1 sampai darjah 6 (bukan nak cakap budak luar bandar kurang cerdik, cuma ramai antara mereka yg kurang “tekun belajar”..ngengengenge…)& dapat memecah rekod..buat julung kalinya ada la 5A’s student dr SKPP. See, I told you…saya memang tekun belajar…(ini “blog” saya,
Cheq An jangan nak menyibuk)…
8. Saya bersyukur selepas tamat sekolah rendah, saya ditawarkan ke sekolah berasrama penuh untuk budak2 “kurang kaya” (sebelum tu dah masuk 2 sekolah lain, satu sekolah harian biasa dan satu lagi SPB jugak). First batch. Semuanya ditanggung “halal” (hehe..tanggung “free” la..) Di situ saya mengenal anak diplomat, menteri dan org2 kaya which I found most of them are really friendly & down to earth.
9. Saya bersyukur semasa bersekolah saya tidak hanyut dgn cinta “monyet” (jgn tak tahu “monyet” pun pandai couple..hehe…kat situ mmg banyak monyet..real monyet..OK). sampai ada yg langgar sempadan antarabangsa, masuk dorm & sepahkan segala benda (yang jadi mangsa port2 yang byk biskut…itu la, kena share ngan kengkawan bg cepat habis, kan dah jadi rezeki monyet)..
10. Saya bersyukur semasa bersekolah, saya telah ter”experience” beberapa benda yang sangat (dan mungkin jugak “paling”) romantic dalam hidup saya..hehe..dalam baik2 kena getah keladi jugak tu…it was not a “couple” thing (remember that I don’t any “boyfriend” until I graduate…), but it feels so damn good until after emmm how many yrs already huh ? ok, 19 yrs, it is still feels like “kuch kuch hota hai”…kwang4x…it was “secret admirer thing”…(kena tunggu my next post, insyaAllah)…I’m glad that I had put that “couple” things off b’coz now (already 8 yrs) Allah temukan saya dengan “rumet” sekarang yang memang bertuah sebab “tulus kasih” saya yang pertama ‘tertumpah” padanya…..hehehe..”bertuah” ker dia ? Mungkin kottttttt….x berani tanya sbb x sanggup nak dengar the “ugly” truth..But I’m so lucky to hv you & being a part (even it is just a small little tiny whatsoever part) of yr life.
11. Saya bersyukur kerana semasa bersekolah, I had a best friend who always willing to “sacrifice” her time just to make me study. (ehhhhh…tadi cakap tekun belajar ??????masih tekun sebenarnya Cuma kekadang tu terjerumus ke”zaman kegelapan” sikijap)..
12. Saya bersyukur kerana finally saya dapat tempat ke-3 dlm keseluruhan tingkatan 4 (what a struggle ??? ) dengan itu melayakkan saya menerima hadiah dari Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin (happy sangat….in person gitu….sangat tinggi & of course sangat handsome..) Moralnya : Pada peringkat ini, kena ada “matlamat” yang sangat jelas, tinggi dan handsome..ngengenge..Menjunjung kasih Tuanku kerana sudi mencemar duli…
13. Saya bersyukur kerana walaupun saya agak “bunian” during my secondary school, masih ramai ex-schoolmate yang add saya dekat facebook..
14. Saya bersyukur kerana terlalu banyak kenangan (yang indah & muluk2 belaka), ketawa (sampai setengah mati, kena istigfar banyak2), airmata, suka, duka (hingus segala), pengalaman, nilai hidup yang dapat saya kutip & learn from it during my golden years at SBP.
15. Saya bersyukur kerana semasa membuat syukur list ni saya berasa….alamak..banyaknya nikmat yang tidak saya syukuri…baru separuh perjalan hidup, dah terlalu banyak nikmat Allah…..
16. Saya bersyukur, akhirnya saya bersyukur….
TO BE CONTINUED………
Dear all of you out there yang ter’singgah’ diblog ni & pernah bertemu dengan org yang “salah”…ingatlah….bersyukurlah.. kerana kadangkala Allah menemukan kita dengan orang yg salah…..
- supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
- supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
- supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
- supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
-supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
- supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA .
- supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
- supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL .
(dipetik dari satu e-mail dari seorang kawan)..