BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Nurul Aini Hayati

Nurul Aini Hayati
Aku minta kepada TUHAN setangkai bunga segar,Dia beri kaktus berduri....Aku minta kupu2 diberi ulat berbulu...aku sedih dan kecewa. Namun kemudian kaktus itu berbunga indah...Dan ulat itupun menjadi kupu2 yg cantik...Itulah jalan Allah.. Indah pd masanya...Allah tdk mberi apa yang kita harapkan, tapi Dia memberi apa yg kita perlukan...Kadangkala kita sedih,kcewa,terluka,tapi jauh diatas segalanya, Dia sedang mengatur yg terbaik dlm kehidupan kita....

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.."(Al-Baqarah : 216)

Ya ALLAH!! Bilamana hati ini menjadi keras dan semua jalanku terasa sempit, ku jadikan harapanku kepada keampunanMu sebagai tangga keselamatan. Amin.

Pukul Berapa Datuk Harimau

Wednesday, June 2, 2010

Hot Air Balloon Festival 2010

Venue : Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti (tertanya2 siapa yang letak nama ??), Alor Setar, Kedah Darulaman, Malaysia

Date : 28/05 – 31/05 (expired…tapi belum basi….ada lagi yang seronok bercerita pasal festival ni..so saya tumpang doblah kaki..join da cerita nak basi club…) layanzzzzz..

28/05 – Perasmian…x dapat pergi sebab kerjaaaaa da….(sambil menaip dengan muka boringnya)…statement : Wesak day is a public holiday, the whole world is not working…(my colleague’s Thailand customer’s statement).perkataan the whole world tu yang best …so I replied, we are working, so we are not part of the whole world, we comes from outer space, we are an alien, watch out…*sigh*..redha ja la kena kerja on public holiday….so sambil kerja kita curi tulang banyak banyak, balik buat sup gear box…( ada orang tanya mcm mana ghupe sup ni, saya jawab.. dia berkuah, hehehehe…marah tak ?) ^-^..




Perasmian - DYMM Sultan Kedah ber"mesra" dengan rakyat jelata..oh manisnya..manisnya senyumanmu...


29/05 – 2nd day…x dapat pergi (reason seperti di atas…), petangnya hubby cakap “esok, jom la pi tengok belon (besarrrrr punya…hehehe)”..InsyaAllah, tak berani janji sebab esok hari cuti, kalau boleh nak rehat rehat, baring baring, masak masak (ehhh bila punya zaman yang “rajin” sangat ni ??), makan makan….

30/05 – 6.15am, bangun awal (just “bangun awal” tanpa tambahan tiba tiba & “ter” di awal ayat untuk tunjuk rajin…macam konon konon memang nak bangun awal…kalau “ter”bangun tu macam merujuk kepada terpaksa bangun (kedengaran malas) sebab baby dah bangun, menyahut “nature’s call”, etc (sila pikir sendiri..))..tetapi sekiranya, andaikata (ayattttt..) lewat bangun kena tambah “ter” sebab konon konon x sengaja lewat bangun..(Cuma terpejam mata lebih lama dari biasa)…paham tak point dia di sini…paham tak.. dah dah….back to the point yer adik2..sila kira berapa banyak perkataan bangun dalam perenggan di atas..hadiahnya dapat tengok gambar free kat bawah…*sigh* buang masa toll..melalut..

Ok, dah, “really” back to the point….




Balloon..balloons...n more balloons..










Hayati with 2"peaceeeee" & Zeppelin as background



Me with "kau2x) yang bernama cinta...kau yang memberi rasa..kau yang ilhamkan bahagia..hingga aku berasa indah..(jiwang lagu ni..)






My favourite : An egg a day is now OK.



My Hubby's favourite (i guess) because he was allowed to go inside of the balloon & took amazing photos...jeles..jeles..jeles.. belon ni bentuknya macam orange..


Last but not least..Hayati's favourite..sponge bob squarepant, spongebob squarepant..spongebob squarepants...sponggggeeeeebobbbbbb squareeeeepantssssss..

P/S : for more nice, beautiful, amazing, spectacular, extravaganza *sigh* photos ..pls log on to http://www.flickr.com/photos/m_hanifms/..

Monday, May 31, 2010

Birthday n Anniversary Punya Cerita

Seperti 8 tahun lepas, saya menyambut besday pada hari yg sama saya menyambut ulangtahun perkahwinan…..senang cerita gatal nak kahwin on my besday..kunun2nya something special to remember….faedahnya…instead of boleh dapat 2 hadiah (besday & anniversary), saya dapat satu ja dari hubby…huhuhuhu..

Tetapi pada tahun ini, saya dpt banyakkkkkkk hadiahsssss (“s” merujuk kepada jumlah hadiah yang saya dapat)

1.Present for “Hai” (kasut)

2.Gift for “Ayu” (handbag)

3.Specially dedicated to “Hai..Ayu” (purse/wallet)

4.For beloved wife (Anti-ageing Artistry set)

5.Teristimewa for bff (jam CK)

(semua gambar nanti saya letak).

Ehhh ??? (sila garu kepala)….apa kaitan tajuk di atas dengan n3 ni…. Sabarrrr..

25.05.2010 mencatat sejarah seorang lagi anak Adam berjaya buat syaitan gelak besar (sebab dapat kawan baru) & poket menangis hiba….kerana (boleh agak la kan ???)…buat yang x boleh agak, begini ceritanya…

25.05.10, seperti biasa bangun awal (sejak bergelar ibu, hari2 kena bangun awal)..siap siap..husband dah plan nak breakfast dkt Kayu nasi kandar, Bukit jambul, Pulau Pinang, Malaysia, berdekatan dengan Hotel Vistana, dekat area tu baru naik projek 1 blok bangunan 18 tingkat untuk shopping & office lot, pekerja kat ctu langsung x sayang nyawa, boleh main meniti2x ja dekat bumbung bangunan separuh siap tu, dengan x pakai safety helmet & alat2 keselamatan lain…langsung x mementingkan ciri keselamatan…cuba2 cari ada tak sign safety first kat ctu….ehhhh, perlu x details ni…???

Pukul 10 lebih (saya dari Kepala Batas, Kedah), berusahanya nak breakfast dkt Penang Island…ok..ok…sampai di Kayu, memang 1Malaysia habis, semua kaum ada, seronok tengok, harmoninya “Kayu”…

Rewind ckit, dari parking lot nak ke Kayu, fenomena yang agak biasa bg yang lama berkahwin, husband menonong ja di depan…tinggal wife di belakang ( x percaya ??? ) .. dr jauh sy tengok..eh smartnya hubby I (berjeans blue black, t-shirt merah hati - tuck in, loafer….mcm ni pon smart kerrr ???) berbanding saya yg agak selebet (lupa nk snap gambar selebet tu..sengaja x nak post..so buat2 lupa)….ok dah..forward balik..

Order taim…best part..sebab setiap kali saya order, waiter tu akan cfrm banyak2 kali…sebab selalu husband makan roti canai sebijik, saya makan 3@4 bijik…tengok badan slim (cehcehceh..) selagi x tengok gambar, jgn percaya…Then burppppp (x behave langsung), tanda dh kenyang ..berangkat la kami ke Queensbay Mall untuk shopping..shopping & shopping….

part ni la yang syaitan gelak besar…poket menangis hiba ni…..cara2 mengempiskan handbag, beli ja apa yang anda rasa nak beli, swipe kad, then bila hujung bulan macam hari ni…kutip la sen2 yang ada untuk cover yang dah terover expense tu…lepas tu dok diam2 dekat rumah…macam saya…sebab hadiah yg pertama, kedua, ketiga tu dibeli untuk diri sendiri..ngengenge..so jangan tiru macam saya….caucincau…

Thursday, May 27, 2010

Cerita Hantu

Few nights dah tidur tak lena, bukan yang kena sakit tidur x lena, mandi x basah tu ok. Bukan bukan..Done with that zaman.. ini faedah dari nonton cerita seram..serve you right..itu la, x nak dengar nasihat pak cik Chan (Jackie Chan), tiba tiba ..pak cik Chan yg iklan produk rambut Bawang (???) tu cakap…siang2 elok tengok cerita seram, malam2 nonton cerita kelakar, baru la senang tidur, ceria kehidupan, aman rumahtangga (kalau rumah ada tangga)…

Teringat zaman kat hostel, kat U dulu, macam2 hantu ..hantu betul, hantu x betul .kacang hantu lagi la..bersepah..masa kerja kilang pon banyak hantu, x masuk lagi hantu2 kat highway yang anggun tu, siap berkebaya merah, sopan santun budi bahasa budaya kita…kalau lelaki bujang yg jumpak spesis yg boleh paku kt tengkok, bawak balik rumah buat bini, jangan asyik duplohpatjam (mimpi pon diambik kira ok) nanyi “Ibu-ibu bapak-bapak..Siapa yang punya anak..Bilang aku aku yang tengah malu Sama teman-temanku Karna cuma diriku yang tak laku-laku”…

Cerita hantu kt hostel :

Numero Uno – sebab sekolah kat Tepen, citer hantu jepun berkawat w/out heads agak femes..

Pas tu hantu kt toilet…asal tengah malam, pergi toilet, x berani pandang cermin, mana tau, yang keluar kt cermin tu secantik Maya Karin, pengsan dek terhempap perasan pulak..itu nasib baik Maya Karin…kalau yang keluar tu versi x ada muka, terbuasir kat situ jugak.

Then ada hantu budak kecik…pada suatu malam (amboii intro..) 3 org sahabat baca buku (sumber x menyatakan sama ada buku akademik @ non-academic), tetiba dengar budak kecik kira, 1,2,3..hiihikhik..comel..mana datang budak kecik tengah malam buta (sebab malam gelap, maka dikira buta, siang kenapa x sebut, tengah siang celik ?? abaikannn)....setelah di kelebek, rupanya ada budak kecik (ala Ju’on) bertenggek dekat atas loker sambil tersengih..pas tu seorang dari 3 sahabat tu terus tarik selimut. Si budak kecik terpaksa la kira sekali lagi, 1,2 tinggal 2, no.3 pura2 tidur..hihihihi..masih comel….

Masa kerja kilang, Cheq An pulak citer hantu kat hostel minah kilang. Begini ceritanya. Ada seorang minah ni tengah gayut dekat public phone (zaman ni h/p masuk list barang mewah, kalau ikut ekonomi, cuma kehendak bukan keperluan yer adik2)..tiba2 (sila masukkan muzik seram + saspen) syiling jatuh, so masa kutip tu tiba2 (berapa kali nak taip tiba2) dia terperasan, eh rasa mcm ada org dkt belakang, kenapa x nampak kaki, jengjengjeng, naik takut la member ni, sah2 bukan sama sepsis..spesis..orang yg nk cerita pon dah x betul taipnya (mungkinkah itu sepsis (sengaja), spesis penghisap darah yang bukan hanya mengiang di telinga..taraaaaa)…maka cepat2 si minah cakap, “ok la, udah larut malam” (ayat cover, x mau la obvious sangat, pedahal dah meremang habis..)..si makhluk yang berdiri di belakang pulak menjawab “ udah larut malam atau udah tahu……????”

Pas tu ada citer dekat hospital, tengah malam buta jugak (sengaja ja, asal cerita seram, mesti tengah malam buta, siang2 pon ada hantu weh..x percaya sila tengok cerita hantu siang A.R Badul) bilik bedah nak pakai dadah..eh darah so sorg misi ni terpaksarela la menggagahkan diri ambil darah dari tempat simpanan..on the way nak balik ke bilik bedah tu, tiba2 (cerita hantu mesti banyak tiba2..untuk menaikkan mood saspen yer puan2) terdengar satu suara “ misi..misi..misi…nak sikit boleh tak”…dalam nada manja berbisik..ngengengenge…

Dah..dah…daripada menulih n3 yg x dak pekdahnya ni, baik berenti..Sekian. Terima kasih..sama-sama (stail Hayati, cakap terima kasih mesti sambung sammmma sammmmma)

Thursday, May 20, 2010

Lawatan Sambil Belajar ???



Yesterday misi @nurse suruh p klinik, check berat & progress Amirul. Malas sebenarnya.. tapi disebabkan dah delay 2 minggu (minggu pertama ada hal, minggu kedua, sengaja buat hal)..& misi pon dah angkat tanda amaran, maka terpaksalah merelakan (dan mengheret kaki & hati saya yang berat ini untuk memenuhi undangan khas tersebut)…

Bila sampai klinik, ramainya manusia..baru pukul seploh (baru pukul seploh ???? hello..orang lain dah bertapak di situ dari pukul 7.45, sedar diri sikit)…zzzz..ngantuknya..bila nak sampai turn ni (tahap produktiviti dah merudum)…finally Muhammad Amirul Hafizi, yeah..yeah..sampai dah turn (paham tak rasa seronok sebab buah yang ditunggu akhirnya gugur jugak…angkat la tangan sikit, ala2 abang Karam)…

First benda yang dibuat, sila bukak baju (bukan mama dia, sila betulkan otak anda)..tak paham betul, asal nak timbang berat (x kan nak timbang tinggi kan..) mesti kena telanjangkan budak..macam la pakai baju besi..berapa gram sangat berat baju tu…


(Amirul yang turut konfius seperti mama dia jugak...)

Kemudian bukak seluar....


(Amirul yang double konfius - sila rujuk kepada jumlah tangan di atas kepala)..


berat Amirul x naik. Sama macam bulan lepas..maka hidung mama dia pon terhidu benda busuk (sure kena soalsiasat & kena tahan telinga dengar free lecture lepas ni..bosan tak..bosan tak ?)

Seperti yg diduga, misi start tanya dah bagi solid food atau belum ? nestum, cereal atau moi masak sendiri..si mama cakap nestum..si misi cakap nestum tak bagus untuk tumbesaran, sebab tu berat bayi x naik, ibu bapa sekarang “malas” (ni sy yg cakap sbb maksud dia menjurus ke situ, cuma si misi sayang mulut, x la cakap direct) & bla..bla..bla…sy cuba pekakkan telinga & control ayu. Sabar..sabar..

Next question..masih teruskan penyusuan susu ibu…saya geleng kepala..kenapa x bagi ? nak saja jawab..sengaja…sebab setiap kali cakap, susu dah x dak, mula la kena dengar lecture..sabar..sabar..nak tau apa misi tu kata ? kalau awak tau betapa besarnya khasiat susu ibu berbanding susu lembu (tau la…macam kita x sekolah walaupon masa sekolah x diajar semua benda ni ngengenge)..sebab itu nanti anak x rapat dengan mak (banyak lagi cara merapatkan hubungan anak dgn mak), pas tu sayang lembu lebih dari mak dia (ada akai ka cakap macam ni ?), nanti taim raya, budak tu x sanggup makan rendang lembu sebab teringat kat “mak” dia (adussssssss…patut tahan sabar lagi ka ? atau kena bertukar jadi hijau ?) nasib baik stop disitu, kalau tambah lagi, cfrm I’ll transfer myself jadi THE INCREDIBLE HULK & mengkarate (ehhhh…karatekarate tu Pak Cik Chan) mengamuk right on the spot..x seswai sungguh mengcomparekan saya (yang anggun..cehceh tekan lif naik sendiri) dengan lembu…ada ka patut ?

Tuesday, May 11, 2010

Breakfast 09.05.10 itu hari...

Akhirnya telur "expired" (sebab rs mcm dh lama sgt menghuni fridge..tapi still OK) digunapakai sbg bahan roti telur...Bukan la sbb tuan empunya fridge tu kurang rajin (ehem..ehem..dah ditimpa perasaan..) cuma x berpeluang tunjuk skil sbb si kecik Amirul langsung x rela berjauhan dgn mama dia...





So inilah "ghupe" roti telur yg dh siap..(pinggan ni diletak atas kitchen punya counter top okkkk, bukan di atas lantai marmar..ntah kenapa nampak mcm kt atas lantai pulak, hehehe..)




"Ghupe" Hayati sebelum "merasa" roti telur mama dia..



"Ghupe" ceria Hayati selepas pekena roti telur mama dia yg sangat eksklusif..(sebab jarang2 dapat makan..mama kan "rajin"..)
Part paling best, husband pernah cakap, roti telur I lagi sedap dari Vistana....wah wah...dapur I yang langsung x ada bintang di compare ngan dapur Vistana (yg berbintang2 tu)...ditimpa perasaan sekali lg..jangan melugai (bahasa orang Utara untuk rasa nak termuntah) wahai pembaca sekalian (macam la ramai yang singgah kt blog ni, ngengenge)...Mungkin ayat di atas direka untuk membakar semangat sang isteri supaya rajin ke dapur..atau mungkin jugak ayat di atas hanya rekaan sang isteri semata2....kwang4x..

Walaubagaimanapon, you can know the truth by just looking at the last 2 photos (before & after)...see the differences ??? (hehehe) ...pst..pst...yang sebetulnya for 1st photo, mama says "jgn senyum lebar sgt, buat biasa2.." for 2nd photo, mama says " cepat senyum lebar2, tidak kalu, mama x kasik makan banyak2"...
So....anybody ?? Nak resepi ???

Sunday, May 9, 2010

Happy Mother's day

It's better late than never.....

Below is actually an e-mail from my colleague which I was received yesterday morning...know what..?? it really makes my day...soooooooooooo suuuuwwwweeeeiiitttt...(don't you think so ??)


HAPPY MOTHERS' DAY


To all mums, mum to be, and future mum

Before I was a Mom,
I never tripped over toys or forgot words to a lullaby.
I didn't worry whether or not my plants were poisonous.
I never thought about immunizations.



Before I was a Mom,
I had never been puked on.
Pooped on.
Chewed on.
Peed on.
I had complete control of my mind and my thoughts.
I slept all night.



Before I was a Mom,
I never held down a screaming child so doctors could do tests.
Or give shots.
I never looked into teary eyes and cried.
I never got gloriously happy over a simple grin.
I never sat up late hours at night watching a baby sleep.
Before I was a Mom,
I never held a sleeping baby just because I didn't want to put her down.
I never felt my heart break into a million pieces when I couldn't stop the hurt.
I never knew that something so small could affect my life so much.
I never knew that I could love someone so much.
I never knew I would love being a Mom.



Before I was a Mom,
I didn't know the feeling of having my heart outside my body..
I didn't know how special it could feel to feed a hungry baby.
I didn't know that bond between a mother and her child.
I didn't know that something so small could make me feel so important and happy.

Before I was a Mom,
I had never gotten up in the middle of the night every 10 minutes to make sure all was okay.
I had never known the warmth,
the joy,
the love,
the heartache,
the wonderment or the satisfaction of being a Mom.
I didn't know I was capable of feeling so much, before I was a Mom

Friday, May 7, 2010





Buah2 hati kusayang....

Alamak x cukup masa la....I only hv 3 mins to add a new post...

TO BE CONTINUED..